Showing posts with label racism. Show all posts
Showing posts with label racism. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

Komuniti Haiwan Marah, Kecewa Dengan Insiden Masjid

Petaling Jaya, 27 Januari - Presiden Badan Integriti Ahli Ternakan & Ladang (BINATANG) Sulong Sapi menyatakan kemarahan dan kekecewaan yang menimpa masyarakat haiwan ternakan di Malaysia lantaran kes-kes membaling kepala binatang di rumah-rumah ibadat. Hal ini berlaku akibat rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Katolik Herald untuk menggunakan nama "Allah" sebagai terjemahan "God" ke Bahasa Malaysia.

     Ketika diminta mengulas di sidang media khas di ibu pejabat PKNS petang semalam mengenai kes membaling kepala babi yang dilontar ke dua perkarangan masjid sekitar Petaling Jaya, beliau berkata "Saya berasa sangat kesal kerana terdapat anasir-anasir yang mahu mengheret bangsa kami ke dalam isu yang penuh kontroversi ini sedangkan kita tidak pernah memberi apa-apa masalah kepada kamu [manusia]. Malah kami sanggup mengorbankan diri demi menjadi Ayam Masak Lemak, Daging Masak Kicap & Bak Kut Teh kamu semua."

     Beliau yang juga berketurunan satu perempat babi sangat sedih kerana imej buruk binatang minoriti ini telah diburukkan lagi dan bimbang golongan khinzir yang merangkumi 17% populasi haiwan ternakan di Malaysia akan menjadi sasaran diskriminasi seterusnya. "Mereka sedar bahawa mereka memang jijik, kotor & patut dipandang hina masyarakat. Tetapi, cukuplah dengan menggunakan nama mereka setiap kali kamu ingin memaki atau mencaci," sambung beliau.

     Sebelum ini, komuniti haiwan ternakan juga gempar dengan demonstrasi menentang pemindahan kuil Hindu di Shah Alam dimana kepala seekor lembu diheret ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor tahun lepas. Mangsa yang dikenalpasti, Saiful Sapi, diingati oleh ibunya, Sharifah Sapi, sebagai seekor lembu yang sopan-santun, prihatin & sangat berisi; Saiful merupakan salah satu lembu cemerlang yang terpilih untuk dijadikan korban Aidiladha sebelum nasib malang yang menimpa dirinya.

Exco Kebajikan Ayam,Itik & Puyuh BINATANG, Wong Kokok, yang turut hadir membidas rakyat Malaysia yang dikatakan tidak berpegang kepada semangat perpaduan 1Malaysia. Beliau berucap "Sebenarnya, kami sudah berzaman memegang kepada konsep 1Malaysia. Setiap haiwan yang tinggal di kandang, ladang & reban saling menghormati antara satu sama lain walaupun terdapat perbezaan kulit, tanduk & bulu pelepah. Pernah nampak ayam gaduh dengan kambing? Kami kamceng lah, bro!"

Monday, July 27, 2009

Summer '09: Receving My First (Mistaken) Racial Remark

As the title goes, I can cross that off my list of things to experience in America. My 11-months uncut hair has given me the license to look like a Hispanic. Hence, the "(Mistaken)" in my post. The story goes like this:
I was waiting in line for the 126 NJ Transit bus to Hoboken at Manhattan's Port Authority Bus Terminal after enjoying the night at Roseland Ballroom watching Rise Against and Billy Talent besides moshing to Rancid in between. There I saw this short, half-bald white guy talking to one of the gate operators.

When he was done he passed by in front of me and shoved me with his hand. After walking four to five steps while mumbling something he stopped and said "Papi, fuck you!" Then he left whilst the people lining-up behind were laughing in bewilderment.
I don't know if he's inherently racist or just pissed because USA lost to Mexico 5-0 in yesterday's Gold Cup final (it seems Americans DO care about their soccer) but it's kinda funny though that he totally mistook me as a Hispanic since I'm Asian through and through. It gives me a bad impression on New Yorkers and the city in general: ridiculous parking fees, dearth of public restrooms, people who are less friendly and helpful & now this xenophobe but I can accept that it's just part and parcel of life in metropolitan America.