Saturday, April 2, 2011

Kuman & Gajah

Aku cukup tak puas hati apabila kawan aku tetiba mintak aku belanja dia. Tanpa apa-apa sebab. Kalau ada sebab pun mesti alasan merepek macam "Ala, ko kan kaya" atau "Ko kan dah lama tak belanja aku." Yang aku peliknya, sejak bila orang macam ni ada hak nak MINTAK orang lain belanja dia sewenang-wenangnya? Yang lagi dahsyat bila orang tu mintak dengan muka penuh keyakinan tanpa segan-silu seolah-olah kawan dia tu mesin ATM. Bagi aku, tak salah nak belanja orang tapi biarlah kawan ko tu belanja ko atas dasar keikhlasan hati dia nak melihat kawan dia gembira melapah sepinggan timbunan nasi kandar. Ni tak, tetiba je "Weh, belanja aku makan." Inikan angin tak bertiup, tetiba je ko DISURUH untuk mengeluarkan duit ko yang ko simpan lama nak beli kasut baru supaya orang lain kenyang. Orang boleh debat, kasi kawan makan ni sedekah. Aku boleh cakap: hidup kawan aku ni bukan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau diorang betul-betul susah atau miskin, simpati tu ada & aku akan belanja makan. Tapi kalau nak 1) dengan tak malunya mintak orang belanja & 2) mintak tanpa sebab yang kukuh, minta maaf lah "kawan."
*****
Masa aku balik Malaysia bulan Disember lepas, aku ada berbincang dengan ayah aku pasal kenapa orang Malaysia lebih tahu pasal isu-isu sedunia berbanding orang Amerika Syarikat yang dijadikan bahan jenaka kerana kebanyakan daripada mereka buta geografi dan tak peka kepada berita antarabangsa. Lepas dua tahun lebih aku tinggal kat sini aku nampak memang ada kebenaran kepada tesis ayah aku tetapi apa yang rakyat Amerika kurang dalam hal-hal seantero mereka sangat peka dan ghairah terhadap isu negara, terutamanya dalam skop negeri dan komuniti setempat. Sebaliknya berlaku kat Malaysia: kita tahu lebih kurang semua aspek dalam kebangkitan rakyat Mesir terhadap Hosni Mubarak tetapi berapa ramai yang tahu pasal pembinaan loji pemprosesan tanah jarang yang membawa kesan radioaktif di Kuantan? Satu lagi contoh yang aku perasan adalah kat Facebook, rata-rata ramai rakan dan kenalan aku letak "politik sux!" atau "aku benci politik" kat ruangan fahaman politik di bahagian maklumat. Nak atau tidak, korang tak boleh "benci" politik sebab perkara ini secara langsung akan mempengaruhi masa depan korang lebih-lebih lagi dari sudut ekonomi sebab para politikus ni lah yang akan mentadbir dan menguruskan negara (aku lebih memihak kepada ideologi Plato dalam buku The Republic di mana dia impikan cendekiawan yang menerajui negara; seorang Penganalisis Kewangan dilantak sebagai Menteri Kewangan tak masuk akal ke?). Bak kata pepatah: kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Dan bak kata Si Tanpa Nama: lu fikirlah sendiri.
*****
Aku tak pakai telefon pintar. Aku masih tetap setia dengan Nokia 5310 Xpress Music yang mempunyai papan kekunci "klasik" mengikut standard sekarang. Aku mengharap satu masa nanti telefon-telefon pintar ni semua rosak & hanya telefon-telefon "old school" yang masih berfungsi & orang-orang "old school" ni lah yang akan menyelamatkan keadaan. Macam John McClane dalam Die Hard 4.0: bila orang jahat guna segala teknologi canggih untuk menimbulkan kekacauan, En. McClane menggunakan taktik dan helah 90-an dia untuk menumbangkan musuh yang serba canggih ni. Analogi merepek kan?

1 comment:

Wanturd™ said...

ok. bila sebut orang US, aku memang akan teringat video yang menampakkan orang US memang 'doh'.. haha

btw, cina yang berontak tu, duduk belakang rumah aku wehhhhh.