Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Kuman & Gajah

Aku cukup tak puas hati apabila kawan aku tetiba mintak aku belanja dia. Tanpa apa-apa sebab. Kalau ada sebab pun mesti alasan merepek macam "Ala, ko kan kaya" atau "Ko kan dah lama tak belanja aku." Yang aku peliknya, sejak bila orang macam ni ada hak nak MINTAK orang lain belanja dia sewenang-wenangnya? Yang lagi dahsyat bila orang tu mintak dengan muka penuh keyakinan tanpa segan-silu seolah-olah kawan dia tu mesin ATM. Bagi aku, tak salah nak belanja orang tapi biarlah kawan ko tu belanja ko atas dasar keikhlasan hati dia nak melihat kawan dia gembira melapah sepinggan timbunan nasi kandar. Ni tak, tetiba je "Weh, belanja aku makan." Inikan angin tak bertiup, tetiba je ko DISURUH untuk mengeluarkan duit ko yang ko simpan lama nak beli kasut baru supaya orang lain kenyang. Orang boleh debat, kasi kawan makan ni sedekah. Aku boleh cakap: hidup kawan aku ni bukan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau diorang betul-betul susah atau miskin, simpati tu ada & aku akan belanja makan. Tapi kalau nak 1) dengan tak malunya mintak orang belanja & 2) mintak tanpa sebab yang kukuh, minta maaf lah "kawan."
*****
Masa aku balik Malaysia bulan Disember lepas, aku ada berbincang dengan ayah aku pasal kenapa orang Malaysia lebih tahu pasal isu-isu sedunia berbanding orang Amerika Syarikat yang dijadikan bahan jenaka kerana kebanyakan daripada mereka buta geografi dan tak peka kepada berita antarabangsa. Lepas dua tahun lebih aku tinggal kat sini aku nampak memang ada kebenaran kepada tesis ayah aku tetapi apa yang rakyat Amerika kurang dalam hal-hal seantero mereka sangat peka dan ghairah terhadap isu negara, terutamanya dalam skop negeri dan komuniti setempat. Sebaliknya berlaku kat Malaysia: kita tahu lebih kurang semua aspek dalam kebangkitan rakyat Mesir terhadap Hosni Mubarak tetapi berapa ramai yang tahu pasal pembinaan loji pemprosesan tanah jarang yang membawa kesan radioaktif di Kuantan? Satu lagi contoh yang aku perasan adalah kat Facebook, rata-rata ramai rakan dan kenalan aku letak "politik sux!" atau "aku benci politik" kat ruangan fahaman politik di bahagian maklumat. Nak atau tidak, korang tak boleh "benci" politik sebab perkara ini secara langsung akan mempengaruhi masa depan korang lebih-lebih lagi dari sudut ekonomi sebab para politikus ni lah yang akan mentadbir dan menguruskan negara (aku lebih memihak kepada ideologi Plato dalam buku The Republic di mana dia impikan cendekiawan yang menerajui negara; seorang Penganalisis Kewangan dilantak sebagai Menteri Kewangan tak masuk akal ke?). Bak kata pepatah: kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Dan bak kata Si Tanpa Nama: lu fikirlah sendiri.
*****
Aku tak pakai telefon pintar. Aku masih tetap setia dengan Nokia 5310 Xpress Music yang mempunyai papan kekunci "klasik" mengikut standard sekarang. Aku mengharap satu masa nanti telefon-telefon pintar ni semua rosak & hanya telefon-telefon "old school" yang masih berfungsi & orang-orang "old school" ni lah yang akan menyelamatkan keadaan. Macam John McClane dalam Die Hard 4.0: bila orang jahat guna segala teknologi canggih untuk menimbulkan kekacauan, En. McClane menggunakan taktik dan helah 90-an dia untuk menumbangkan musuh yang serba canggih ni. Analogi merepek kan?

Thursday, March 31, 2011

Best doh!

Pernah tak anda guna "doh" dalam perbualan dengan rakan-rakan anda? Contohnya, "Apasal ko tak ikut pergi tengok bola kat mamak semalam? Match tu best doh!" Secara umum, "doh" mempunyai fungsi sama dengan "lah" dalam konteks untuk menegaskan satu ayat. Penggunaan "doh" juga boleh dikatakan selari dengan penggunaan "gila" pada penghujung ayat e.g. "Rugi ko tak ikut kitorang mandi air terjun. Seronok gila! (dengan senyuman penuh keriangan)." Aku sedar bahawa "doh" sebenarnya kependekan "bodoh" yang pernah aku & rakan-rakan aku guna selalu ketika zaman sekolah menengah lebih kurang 8 tahun dulu (pergh, dah dekat sedekad tu). Lama-kelamaan, perkataan "bodoh" tu dipendekkan kepada "doh" & aku ada beberapa teori kenapa pemendekan ini berlaku: 
  1. Penggunaan "bodoh" mungkin terlalu kesat walaupun digunakan sebagai pengganti "gila" sebab "bodoh" lebih sinonim kepada "bangang" & "bahlol" daripada "gila." Aku rasa aku pernah guna ni kat adik aku depan mak bapak aku, lepas tu aku kena marah. Jaga adab lah katakan.
  2. "Doh" mempunyai satu suku kata berbanding "bodoh" yang mempunyai dua suku kata maka penggunaannya dapat melancarkan kata-kata yang hendak disampaikan oleh pembual. 
  3. "Gila" lebih senang ditutur kerana perkataan itu berakhir dengan "-a" manakala "bodoh" berakhir dengan "-h" maka penekanan perlu diberi kepada "huh" di hujung perkataan apabila menyebut "bodoh" & ini sebenarnya menyusahkan ketika berbual (cuba sebut kedua-dua perkataan tu, mana lagi susah nak sebut?)
Sebagai seorang nerd, aku rasa bangga dapat membuat analisis (analisa bukan nama perempuan ke?) sebegini dalam dinamik bahasa Melayu pasar. Mungkin benda ni remeh bagi sesetengah orang tetapi kita dapat lihat evolusi "bodoh" kepada "doh" sebagai kata penegas tidak formal yang dipengaruhi oleh budaya dan fonetik bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa bahasa bukanlah sesuatu yang statik & sentiasa dibentuk mengikut acuan kehendak masyarakat sepanjang zaman.

Pernah anda terfikir asal-usul perkataan bahasa pasar yang lain?

Friday, September 17, 2010

Betul Tapi Salah Bhg. 237

Kenapa orang Malaysia kalau tak puas hati kat orang lain kena maki guna perkataan Bahasa Inggeris "bitch"? Maksud asal perkataan itu adalah anjing betina maka digunakanlah oleh para pelopor budaya pop sebagai kata kasar untuk menyamakan orang lain, biasanya wanita, dengan haiwan itu & dibawa pula ke tanah Malaysia oleh arus globalisasi. Yang aku tak puas hatinya, kenapa kita perlu menjejak langkah Orang Putih Si Penjajah Minda & Penyebar Budaya Kuning (Hakcipta Terpelihara) ini? 

Bahasa Malaysia sebenarnya sudah mempunyai kosa kata yang cukup indah kalau anda ingin mencarut kepada PEREMPUAN yang menggatal dengan teman lelaki anda atau BETINA yang telah kelentong anda 'kaw-kaw.' Jika anda menghadapi keadaan seperti itu, elakkanlah daripada mengguna perkataan "bitch" & tunjukkan yang anda menyayangi bahasa ibunda anda dengan menggunakan perkataan 'sundal' atau 'jalang' (tengok, sampai boleh pilih mana satu nak guna!) Ingat, bahasa jiwa bangsa :)

Wednesday, July 8, 2009

Bahasa "English"

The verdict is out! The Malaysian government has decided to revert the teaching of science & mathematics in both primary and secondary in English back to Bahasa Malaysia (BM); note that this is the second time the English-BM reversion has happened. GMP [Gabungan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran & Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Inggeris)], the movement who wanted BM to be used as the sole language of instruction in all subjects taught in school are rejoicing that the decision was made in their favor.

This begs the question: bagus ke tak bagus? My take: BAGUS!

Odd, you may think that I agree with the government's decision since I dreaded learning Fizik, Kimia, Biologi & Matematik Tambahan in BM (I was in the second last batch before PPSMI was implemented in 2003) and had to "translate" all this knowledge to English when I entered INTEC & later at Penn State University. I have to say I was one of the lucky ones to have been taught English by my family when I was small so I was competent enough to switch between languages when it matters.

Some of my friends who are currently studying in the States are against this reversal since they know the uphill struggle of going to and fro between BM and English especially in the field of science where technical terms and definitions are the norm. They might overcome the whole word translation shenanigan but weaving those jargons together into sentences, heck even essays, would present a greater challenge in an already independent environment that is of university life. But what about the millions of Malay, Chinese and Indian school-goers back at home: have we ever thought of what they are going through?

Syahredzan Johan made a good point that the problem with PPSMI was the poor implementation rather than the concept itself and this has caused major problems to the students and teachers ("Tikus-Tikus Ujian PPSMI") as the statistics have shown. His musings make sense and I would like to pull this issue into a larger context i.e. this is intrically connected with the tertiary education, the workforce and ultimately the Malaysian identity. Here's my breakdown of these three entities:

Tertiary Education
The problem arises post-SPM where colleges and universities are in a tug-of-war between teaching courses in BM or English since most text books in specialized courses are in English and no effort are being made to translate these books into BM. In some cases, you would have students reading English text books and BM notes from the instructors! Thus, a similar decision must be made in line with the non-teaching of PPSMI in school because you just don't want students to be still confused jumping from one language to another, do you?

Workforce
This is another area where the English-BM paradox applies. The over-emphasis of employers on an applicant's proficiency of English had struck fear onto people's minds that if you have major problems in speaking and writing in English, you can look forward to a career in flipping Ramly burgers. So, why take all the hassle learning in-depth BM when you already speak the language and when your future employers treasure English like the 16th-century Portuguese treasure Melaka?

Identity
And these two areas led me to the Malaysian mentality and identity; bangsa Malaysia. The paradox I mentioned just now surmises that we love our bahasa but somehow we put our colonial master's language as number one hence the problems in college syllabus and getting a job. Whose expectation was it that all Malaysians must be good in English? We are learning a totally different language and not everyone can master it even after 11 years of schooling. It's not a video game where you can master it in a couple of hours, it's a LANGUAGE!

This is a matter of self-realization and soul searching for each and every Malaysian to decide whether to put Bahasa Malaysia or English on the throne; if we collectively decide that BM is the king, implement a pro-BM policy for the whole nation i.e. prioritize our mother tongue in books, billboards, forums and resumes. Of course you can still learn English (or any other language as guaranteed by the Perlembagaan) and strive to be fluent at it but at the rate we were going, we are as much eroding our own cultural identity as we are ignoring our language.

Remember: Bahasa Jiwa Bangsa.

Thursday, June 25, 2009

Sejauh Manakah Anda Cintai Bahasa Malaysia?

Kalau anda peka dengan keadaan semasa di Malaysia, sudah tentu anda tahu mengenai isu PPSMI dan "pemelayuan" kosa kata Bahasa Inggeris (BI) yang hangat didebatkan oleh pelbagai pihak daripada ahli politik sehingga ke para cendekiawan bahasa. Namun, saya ingin menyedarkan anda mengenai satu lagi wabak yang telah menyular di kalangan rakyat negara ini, terutamanya di kalangan rumpun Melayu; nampaknya, kebanyakan pengguna sistem pesanan ringkas (SMS) dan internet gemar memotong dan menambah perkataan-perkataan yang sedia ada kepada hasil yang lebih buruk seperti Frankenstein: nampaknya seperti manusia tetapi wajahnya keji dan buruk.

Contohnya, ayat "Saya keluar sekejap sahaja/je" telah diadun dengan penuh kreativiti kepada "Sy kuar jap jew." Para pengguna tegar SMS mengatakan pemendekan perkataan adalah perlu supaya intipati pesanan yang sama dapat dihantar dengan lebih cepat dan mudah. Alasan ini boleh diterima pakai kerana pemendekan kata telah lama digunakan seperti "yang" kepada "yg" & "dan lain-lain" kepada "dll" tetapi apabila "je" (bahasa pasar untuk sahaja) tiba-tiba boleh disebut sebagai "jew" (Yahudi dalam BI), itu sudah dikira melampau. Kenapa perlu tambah huruf "w" sedangkan tiada pula orang yang ingin menyebutnya sebegitu?

Rakan-rakan, kita sedang hidup di zaman di mana segelintir, malah kebanyakan, daripada masyarakat kita mengambil mudah Bahasa Malaysia (BM) dan lebih teruk lagi mempersendakan BM sebagai satu bahan mainan. Kita sering kali melaungkan cogan kata "Bahasa Jiwa Bangsa" namun apakah kita benar-benar memartabatkan bahasa ibunda kita sebagai entiti yang tinggi nilainya terhadap bangsa? Kita harus sedar bahawa banyak akibat buruk telah dan akan berlaku apabila sesebuah masyarakat membuat endah tak endah mengenai jati diri mereka. Misalnya, masih terdapat sejumlah pelajar Melayu yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat PMR dan SPM.

Selagi sikap ini tidak dibendung, tidak hairan BM mungkin senasib dengan hieroglif tamadun Mesir Purba: hanya dijumpai dalam buku sejarah. Oleh itu, cubalah mengekang diri daripada mencemarkan keindahan bahasa ini yang telah wujud selama ratusan tahun. Bagi pengguna SMS dan alam siber, sudah tentu amat sukar untuk menggunakan perkataan dan ayat yang lengkap tetapi kurangkanlah "penyuntingan" kerana kita mahu membentuk bangsa Malaysia sebagai masyarakat yang amat menghargai keluhuran bahasa sendiri.